Latar Belakang Program Transformasi Minda
Muat Turun
Borang Permohonan Menghadiri Kursus Program Transformasi Minda
Senarai Semak Permohonan Pengecualian Menghadiri Program Transformasi Minda (Ptm) Bagi Tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan
Format Permohonan Pengecualian Kursus Program Transformasi Minda
Soalan Lazim
JAWAPAN

Peserta Wanita: Peserta wanita boleh memakai pakaian sedia ada seperti pakaian kebangsaan baju kurung atau kebaya atau pakaianpakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja atau semasa menghadiri upacara rasmi. (Perenggan 5 PP 1/2006) Peserta Lelaki: Peserta lelaki memakai seluar panjang, Lengan baju jangan dilipat. Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck in). (Perenggan 3 PP 1/2006) Peserta diwajibkan memakai baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis. (Perenggan 4 PP 1/2008) Sukan / Riadah : - Pakaian lengkap sukan dan kasut sukan

JAWAPAN

Ya, penginapan untuk peserta PTM akan disediakan oleh penganjur.

JAWAPAN

Tidak. Pasangan tidak dibenarkan untuk menginap bersama sepanjang PTM berlangsung. Ahli keluarga lain juga tidak dibenarkan untuk menginap bersama peserta PTM.

JAWAPAN

Ya. Peserta perlu memaklumkannya kepada penganjur semasa sesi pendaftaran PTM. Makanan vegetarian hanya akan disediakan mulai hari kedua PTM.

JAWAPAN

Peserta perlu memaklumkan dengan segera kepada penganjur untuk tindakan selanjutnya seperti membawa peserta ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

JAWAPAN

Perenggan 21 PP 14/2012 - Ya. Pegawai yang tidak melengkapkan PTM hendaklah mengulangi semula segmen yang belum dilengkapkan.

JAWAPAN

Perenggan 21 PP 14/2012 - Ya. Pegawai hendaklah mengemukakan semula permohonan kepada Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2, Bahagian Pengurusan Latihan bagi tujuan mengulang semula segmen berkenaan.

JAWAPAN

Ya. Walau bagaimanapun, jika pegawai tersebut memenuhi syarat, pegawai boleh memohon pengecualian PTM.

JAWAPAN

Perenggan 3.1 Garis Panduan Penilaian Program Transformasi Minda – Lampiran C PP 14/2012 - Penilaian PTM adalah berasaskan kepada tiga (3) kriteria utama iaitu disiplin dan personaliti (50 markah), komitmen (30 markah) dan penilaian kefahaman (20 markah). Penilaian PTM adalah secara ongoing assessment berdasarkan kepada aktiviti dan kriteria penilaian yang ditetapkan dan penilaian kefahaman di akhir sesi.

JAWAPAN

Perenggan 22 PP 14/2012 - Pegawai yang gagal PTM adalah disebabkan masalah disiplin dan komitmen. Pegawai ini tidak dibenarkan mengulang semula PTM dan boleh ditamatkan perkhidmatannya.

JAWAPAN

Situasi 1:
Sekiranya pegawai telah menduduki penilaian kefahaman tetapi tidak melengkapkan PTM maka pegawai hanya perlu mengulang semula segmen yang tidak lengkap tanpa kefahaman.

Situasi 2: Sekitanya pegawai belum menduduki penialian kefahaman dan tidak melengkapkan segmen maka pegawai perlu mengulangin kedua-duanya.
(Perenggan 20 PP 14/2012)

JAWAPAN

Perenggan 22 PP 14/2012 - Tidak boleh. Pegawai yang gagal PTM tidak dibenarkan mengulang semula PTM dan boleh ditamatkan perkhidmatan.

JAWAPAN

Tuntutan perjalanan untuk lantikan pertama iaitu bagi menghadiri PTM dan ke tempat yang diarahkan bertugas selepas tamat PTM hendaklah dituntut di Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing selaras dengan Perintah Am Bab B Perkara 13 dan berpandukan WP1.4: Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera dan Polis). Walau bagaimanapun, tuntutan ini tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan di tempat bertugas masing-masing.

Hubungi Kami
Program Transformasi Minda
client
Encik Kavinarasan A/L Rajendiran
03-88850691
03-88850746
kavinarasan@moh.gov.my
Pengecualian Program Transformasi Minda
client
Puan Narulhini Bt Aris
03-88850600 (Ext: 6191)
03-88850746
narulhini@moh.gov.my
Permohonan Pembetulan atau Kehilangan Sijil
client
Encik Muhammad Amir Bakri Bin Abdolah Zawawi
03-88850600 (Ext: 6165)
03-88850746
amir.bakri@moh.gov.my
Semakan dan Cetakan
No Kad Pengenalan
Cetakan
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 2
03-8885 0600
ptm.ldp2@moh.gov.my
Bahagian Pengurusan Latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No.26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya